Thursday, March 4, 2010

7 Days Theory

7 Days Theory

Ni nak cerita sikit pasal seorang penyanyi yang terkenal dan telah tiada tetapi kematiannya menjadi tanda tanya,siapakah penyanyi itu..? Saya telah membuat sedikit research tentang beliau..

Teori tujuh hari,siapa lagi kalau tak lain dan tak bukan rapper(penyanyi) terkenal dalam dunia hip-hop dan dikenali seluruh dunia Tupac Amaru Shakur yang sangat digeruni dan disanjungi oleh rapper-rapper yang lain.. Beliau dilahirkan pada 16.6.1971 dan mati pada 13.9.1996.. Dilahirkan di East Harlem di Manhattan,New York.. Beliau dikenali sebagai 2pac atau pun Tupac yang sebutanya sama dan ejaanya berbeza.. Seorang pengemar hip-hop dan sangat hebat dalam nyanyian rap freestyle juga telah berada di Mainstream Level iaitu ranking dalam dunia hip-hop..

Kematian beliau menjadikan tanda Tanya kerana ada sesetengah individu sekelilingnya berpendapat bahawa beliau akan hidup semula pada 2014! Adakah ini benar atau hanya dongeng sahaja,dengan fakta dan bukti yang saya ada mari kita siasat bersama..

Banduan

Ianya bermula apabila beliau dimasukkan ke dalam penjara Clinton Correctional Facility pada 14 feb 1995 akibat mengedar dadah.. Semasa beliau dalam penjara beliau mempelajari dan membaca sebuah buku yang bertajuk Prince.. Buku tersebut adalah kisah benar seorang putera yang bernama Machievelli pada abad ke 16 masihi.. Putera tersebut memalsukan kematiannya pada umur 25 tahun dan kembali pada umur 43 dan menjadi kaya raya tetapi itu tidak penting.. Semasa beliau keluar dari penjara beliau menggelarkan dirinya sebagai Makavelli yang ejaannya hampir sama dengan I am alive ini juga tidak penting..

Tarikh

Beliau mati semasa umur beliau 25 tahun (2 + 5 = 7) pada pukul 4.03pm (4 + 3 = 7) 4 + 3 = 43.. Lihat dan kira betul-betul,kiraan ini sama dengan teori 7 hari yang telah diamalkan oleh Putra Machievelli.. Ini kemungkinan beliau akan hidup semula atau kembali pada 2014 semasa umurnya 43 tahun, 18 tahun selepas 1996 (dan sekarang perkara yang penting)

Bukti

Beliau telah ditembak pada 7 hari bulan dan hanya dapat bertahan sehingga 7 hari sahaja dan kemudiannya beliau mati.. Dalam video clip lagu ‘Hail Mary’ ada sebuah batu tomb yang bertulis Makavelli 1971-1996, jadi bagaimana beliau tahu yang beliau akan mati pada tahun hadapan iaitu 1996..?! Baiklah,beliau mati pada tahun 1996 ( 1 + 9 = 10 , 10 – 9 = 1 , 1 + 6 = 7) Beliau lahir pada 16 june 1971, 1 + 6 = 7 dan juga ada 7 ahli dalam kumpulan The Outlawz iaitu bawah naungannya.. Dalam filem Geng Related beliau bermain dengan seorang polis yang lencananya bernombor 115, 1 + 1 + 5 = 7 dan dalam filem Gridlock’d pula semasa beliau dalam café dan melihat buku menu,semua huruf L diterbalikkan kepada 7.. Semasa beliau ditembak mereka menjumpai 12 peluru tetapi hanya 5 peluru sahaja yang menembusi badannya.. Album The Eyez On Me telah dilancarkan 7 bulan sebelum beliau ditembak.. Lirik lagu The Song Made Me Niggaz ada menyatakan yang beliau berkata ‘Let em undastand me plan to get richer I got a plan to get richer.. Beliau juga selalu memakai baju kalis peluru walau ke mana sahaja dan beliau memalsukan kematianya kerana beliau mempunyai ramai musuh yang mahukan beliau mati.. Baiklah kali ini sangat-sangat penting,ingat semula apabila saya beritahu yang beliau akan hidup semula pada 2014 mari kita lihat dan teliti bersama..

Kiraan dan Teori 7 Hari

Lahir pada tahun 1971, 1 + 9 + 7 + 1 = 18, mati pada tahun 1996, 1 + 9 + 9 + 6 = 25, dan kembali pada 2014, 2 + 1 + 4 = 7, kembali pada umur 43 tahun, 25 + 18 = 43, teori 7 hari + 43 tahun = 50, beliau ada tatu yang bertulis #50.. Dalam lagu The Song Heartz of Men beliau berkata ‘I died and came back 3 minutes and 13 seconds into the track 3 + 1 + 3 = 7,kawan rapat beliau Yaki Kadafi mati 61 hari selepas kematian beliau,6 + 1 = 7,dan Kadafi merupakan saksi utama atas kematian beliau..

Begitulah kisahnya tentang teori kematian beliau.. Terdapat lagi bukti-bukti yang kukuh tentang beliau hidup semula dalam lagu This Life I Lead,Ghost,dan Pac’s Life yang nyanyianya jika diterbalikkan ada mengatakan yang beliau hidup semula.. Saya bercakap berdasarkan rujukan sekiranya anda kurang percaya mahu pun was-was tentang apa yang saya bincangkan,silalah rujuk pada youtube.com dan kunci katanya 7 days theory dan juga Tupac biography wickepedia,google.com.. Jadi terserah pada anda untuk menilainya.. Beri pendapat anda tentang teori ini pada saya dengan comment di bawah.. hehe.. sekian,terima kasih..

Apa-apa pun saya sangat meminati,menyanjungi,dan mendengar lagu-lagu beliau yang sekadarhiburan,tambahan pula lagu-lagu beliau juga ada yang menyentuh hati,saya akui beliau layak digelar sebagai Lagenda Hip-Hop Terhandal.. Long live Tupac!

Hanya sekadar hiburan,saje-saje nk pening kn kepale =P



Writen by,Promoe..