Sunday, February 21, 2010

Kamera idaman ku..


Canon EOS 7D

Model 7D Canon yang baru sahaja dilancarkan pada tahun 2009 dan telah diperkenalkan di Sunway Lagoon pada acara Canon Photomarathon.. Dilegkapi dengan lensa 28mm – 135mm 1.3: 5.5f, 18.0 Megapixel, CMOS processor, dual layer metering, Full HD recording, 6400 ISO speed, dan akhir sekali 150,000 shutter durability.. Sistem yang begitu canggih 10 kali ganda lebih bagus dari kamera yang sedang saya guna (Olympus E-520).. Ianya bukan sekadar kamera malah boleh dirakam yang fungsinya sama seperti mana-mana HD.. Saya sangat mengidam kamera ini sehingga sekarang saya sedang berfikir bagaimana hendak mendapatkannya.. Malam yang suram saya mengadu kepada ayah saya (Shazman Abd Halim) sangat mahukan kamera ini tetapi seperti tidak diendahkannya jadi saya mengambil keputusan untuk mencari inisiatif sendiri bagaimana untuk mendapatkan kamera idaman saya ini.. Dengan kemampuan yang saya ada insyaallah saya akan berusaha untuk mendapatkannya.. Saya bernazar: sekiranya saya berjaya mendapat kamera ini saya akan berpuasa selama 7 hari pada tahun ini dan sekiranya tahun hadapan 12 hari.. Sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat kamera yang hebat ini sehingga saya memilikinya.. Insyaallah.

.

Gambar rajah Canon EOS 7D bahagian belakang..

Rotation dan Analog yang memudahkan lagi tetapan..




Bahangian mettering dan juga mode

boleh diselenggara dengan mudah..




Bergaya Canon EOS 7D yang berkilau,

saya sedang imaginasi memegang kamera ini,fuh bau kedai..=)

5 comments: