Secret Recipe
Assalamualaikum.. Saya nak cerita dan kongsi bersama
pengalaman saya semasa bekerja di Secret Recipe,banyak kenangan manis dan pahit semasa bekerja.. Saya mula bekerja semasa usia saya 18 tahun.. Pada masa itu saya sedang menunggu keputusan SPM.. Secret Recipe Desa Park City saya memulakan hari pertama saya bekerja di sana dengan bantuan kakak tersayang Syahnafiza yaacob dan juga seorang hamba Allah yang sangat saya hargai bantuan dan nasihat beliau.. Saya di 'offer' untuk menjadi 'barista' (buat air) pada mulanya tetapi di sebabkan sedikit masaalah saya di hantar ke 'kitchen'.. Dengan rela hati saya pun jadilah tukang masak dalam satu bulan.. Da la tu,masuk dapur pun tak penah pastu dapat pulak masuk 'kitchen' hampeh,potong tomato,timun,siang udang,buat soup mushroom dan macam-macam lagi.. Saya sangat seronok dan senang hati bekerja di sana bersama abang-abang dan kakak dan kawan-kawan dengan bantuan mereka.. Bermacam-macam hidangan yang saya lakukan,hidangan yang paling saya gemar lakukan ialah 'Pan Grill Dory' (ikan fillet yang di salut aroma) sangat mencabar untuk menyiapkan hidangan tersebut.. Gambar-gambar di bawah merupakan serba sedikit keadaan dan kenangan saya semasa di Secret Recipe Desa Park City..
Kaunter: ni la tempat kakak saya hari-hari kira duit dan potong kek-kek dalam freezer tu.. kadang-kadang tu kalau saya tak ada keje kat dapur saya kuar lepak dengan kakak saya borak-borak pasal nak buat over time la,kire gaji la,dan macam-macam lagi =)
Dapur: Kitchen! Di sini la tempat saya bekerja.. Tiap-tiap hari duk menghadap pinggan mangkuk hempas pulas microwave untuk siapkan hidangan yang diminta.. kadang-kadang kalau lapar tu kami pun senyap-senyap buat lunch sendiri,abang keroll masak nasi goreng belacan lauk fish cake,sedapp! Rindu betul nak dengar suara machine post tu keluar docket.. Kalau korang perasan ada sorang perempuan yang pakai glove tu la kakak saya dan sorang lagi tu kawan saya nama dia sam,dan dia sangat baik.. I miss all these = (
Bar: haha.. mamat sorang nih,nama dia wan.. Die jage bar dan buat air.. Mane ad air yang lebih-lebih tu kadang-kadang dia sedekah kat kitchen,hehe.. Minuman kegemaran saya 'Oreo Milk Shake' yang sangat lazat..=P
Secret Recipe Part 2:
Ada lagi nak cerita ni.. hehe.. ok saya sambung,dipendekkan cerita hampir sebulan lebih saya bekerja akhirnya saya berhenti atas sebab-sebab tertentu.. Lebih kurang 2 bulan lagi keputusan SPM keluar, takkan nak melangut je kat rumah.. Jadi saya ikhtiar untuk cari duit dari melepak je keje.. Sampai saya dirumah,pada ke esokkan harinya saya keluar mencari kerja dan nekad untuk bekerja tempat yang sama iaitu Secret Recipe.. Hari ketiga saya mencari kerja akhirnya saya dapat tawaran untuk bekerja di Secret Recipe Taman Melati selepas mencuba nasib di jusco wangsa maju dan taman melawati.. Saya sangat berterima kasih kepada keluarga angkat saya atas bantuan yang diberikan.. Ibu (Pn.Zahara) merupakan kawan baik adik Pn Siti (owner S.Recipe Tmn Melati) minta tolong benarkan saya bekerja di kedainya.. Akhirnya saya diterima bekerja.. Saya mula sambung bekerja di Secret Recipe Taman Melawati dengan hati yang senang.. Biase la kalau penat tu kerja mana yang tak penat.. Saya bekerja sebagai 'kitchen' selama sebulan dan kemudian di hantar ke 'Floor'.. Kerja di floor sangat-sangat lah mencabar kerana perlu hafal ke semua menu dan hidangan,kena pandai speaking dan selalu ramah dengan customer.. Banyak perkara yang saya merasa bangga pada diri saya sendiri, yela sebelum ni saya belum penah lagi speaking dengan foreigner tapi dapat bile jadi floor saya mula fasih berbahasa ingeris.. Saya merasa senang hati dan seronok bekerja sebagai floor dengan bantuan senior-senior yang ada.. di sini sengaja saya sebut nama mereka kerana saya sangat menghargai mereka iaitu hanis,anisa,naem,abang Dean,abang Wan,abang Alif,kak ya,kak wani,kak yus,kak elfa,abg syukri,pn siti dan pn nor.. Ucapan ini khas buat mereka: Terima kasih yang tak terhingga atas tunjuk ajar yang diberi,Amir rindu kat semua and time keje,amir mintak maaf kalau2 ade buat silap sengaja atau tidak sengaja,akhir kata amir sayang semua,love and miss u all,Secret Recipe Taman Melawati.. Gambar-gambar di bawah merupakan kenangan saya bersama mereka..
Puan Siti dan keluarga: Puan,terima kasih sebab bagi saya peluang untuk bekerja dengan puan,saya dah anggap puan mcm ibu saya sendiri,saya mintak maaf sekiranya saya banyak melakukan kesalahan dan saya tahu saya banyak menyusahkan puan selama saya bekerja dengan puan.. And thanks for the o.t,bnykvsy dpt =)
Pn Fara dan keluarga: Juga saya ucapkan terima kasih atas nasihat yang diberi dan saya sangat hargainya.. saya banyak menyusahkan puan lagi-lagi semasa bekerja,saya mintak maaf atas segala kesalahan saya..
Abang Dean,Anisa,dan Naem: Korg memang best lah! suke lepak ngan korg borak-borak pasal komik la,kereta la,kereta la,paling best time kite same-same order nasi ayam kat tmn melawati untuk lunch,haha.. Dengan Naem lak selalu berebut nak shif petang,bosan kot kalau keje ko x de,aku sorg je kadang2 tu si anisa jgk yang back up aku.. hehe.. Thanks korg,kenangan tu aku tak lupe sampai bile-bile..
Hanis,kak wani,kak yus: Hanis! Dia la yang jage aku time kat kitchen.. Dia memang terer bab2 memasak ni.. Aku da anggap ko as kitchen leader weh semenjak abg alif resign,rindu kat ko dowh,rindu nk goreng chicken cordon bleu and mcm2 lg.. thanks sebab banyak tolong aku time kat kitchen.. kak wani dan kak yus,dorang ni kawan baek dan sangat baik dengan saya walaupun kadang-kadang tu marah kat saya tapi saya anggap semua tu hanya teguran,amir mintak maaf kalau banyak menyusahkan akak.. Terima kasih akak,saya sayang kat kak wani dan kak yus.. saya takkan lupe kan semua ni..
Secret Recipe Taman Melati the best! Miss and Love you all..
sincerelly from: Shafirol Amir Shazman A.Halim Zainuddin
Friday, February 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment